Helow guys !!
Masih ingat lagi perlawanan Thailand vs Malaysia Semi Final AFF ??
Nasib tidak menyebelahi kita, Harimau telah dikalahkan oleh gajah DGN Aggregate 3-1,,
tapi LOGIK jugak la an gajah tu besar.
Pape pon,, M'sia telah menunjukkan kehebatan di tempat sendiri dengan seri 1-1 .
Malaysia melangkah ke tmpt Thailand hanya dengan seri 0-0 pon dah boleh lepas ke peringkat akhir.
Tapi sayang,,Malaysia dilihat hanya menggunakan taktik bertahan.
Hampir boleh dikatakan Thailand menguasai keseluruhan padang..
Ada juga khabar angin mengatakan bahwa pengadil dari Korea tu berat sebelah,,
dari pemerhatian pon boleh dilihat apabila Fadli Shas dilayangkan kad merah pada minit ke 44
tanpa mengetahui apa punca sebenar.
Ini membuatkan Malaysia terpaksa mengharungi second half iaitu 45 minit dengan 10 orang pemain.
Ianya lebih menyukarkan kerana skuad kita bermain di tempat lawan.
Harimau Malaya dilihat lebih banyak bertahan tetapi pada minit ke 60 Teerasil Dangda melepasi pertahanan M'sia dan merembat masuk ke gawang gol M'sia membuatkan Harimau makin tertekan. Selang 5 minit, Teerathon Bunmathan pula membolosi gawang gol M'sia.
Sudah pasti seluruh rakyat Malaysia kecewa dengan perlawanan semalam tapi janganlah kita
menyalahkan Harimau Malaya kerana mereka telah berusaha..
Terus menyokong skuad Harimau Malaya !! GO GO HARIMAU !! AUUMMM !!
terima kasih atas reading anda !