-->
yuhhhhuu!beLOg!

Kanak-Kanak Ini Tersempit Dua Jam Di Celah Bangunan!





BANDAR RAYA JINHUA : Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tersangkut di celah dinding dua bangunan setelah terjatuh dari balkoni kediamannya di tingkat tiga diselamatkan baru-baru ini.
Agensi berita Reuters melaporkan semasa kejadian, kanak-kanak itu sedang bermain di balkoni rumahnya di perkampungan Wujiangkou di sini, dalam wilayah Zhejiang di timur China pada Sabtu lepas.
Dia kemudian secara tidak sengaja terjatuh dari balkoni rumahnya dan tersepit di celah dinding dua buah bangunan dengan ruang cuma 25 sentimeter.
Kanak-kanak itu tersangkut di celah dinding tingkat dua bangunan-bangunan itu selama dua jam sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.
Anggota-anggota bomba bertindak mengikat kanak-kanak itu dengan seutas tali bagi mengelakkan dia daripada terjatuh.
Mereka kemudian mengenal pasti lokasi kedudukan kanak-kanak itu sebelum memecahkan dinding setebal 60 sentimeter itu dari dalam sebuah bangunan tersebut.
Pasukan bomba membuat sebuah lubang besar pada dinding dan menarik kanak-kanak itu ke dalam bangunan berkenan.
Dia yang kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, didapati cuma mengalami kecederaan kecil pada dahi. 
sumber : – Reuters

terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Labels

  • artikel (10)
  • ceritaaku (10)
  • tutorialls (12)
Lucky Charms Rainbow

Followers

~siti syahirah bt nazri rosham~
Rembau, n9,
'20 sept 1993'

About Me

~syiera nazri~ =)
ghombau!, ngeri sembilan, Malaysia
~>peramah,,p..kalo yg da knal laa..hee~>penyayang 'aka' lots of lovs~>gelabahh!(kdg2)~>love to lead~>1 is better than 2,,ngeee
View my complete profile

Pages

  • Home

~pit chaa!~~

~pit chaa!~~
family kuu

Blog Archive

  • ▼  2012 (32)
    • ▼  December (27)
      • a2p5!
      • Kanak-Kanak Ini Tersempit Dua Jam Di Celah Bangunan!
      • BAYI MUNCUL DARI PERUT BUMI
      • KHUTBAH RASULLULAH SAW KETIKA MENJELANG RAMADHAN
      • ANAK LANDAK DISUSUI KUCING =='
      • KAGUM, POLIS AMERIKA ANTI-PENGGANAS YANG BAIK HATI
      • Apa yang Israel Takutkan pada Islam ??
      • PELIK TAPI BENAR ! =='
      • Pray 4 GAZA !! :'(
      • PIALA AFF SUZUKI SEMI FINAL !!
      • SENAMAN !!! :D
      • rumah hantuuuuuu!
      • kenangan!!
      • what u talk, u get back!
      • my little cousin!
      • hangout!!
      • Buat Border di Luar Blog !!
      • 1 post only!
      • Post Title Background
      • Tulis Ayat Bergerak di Menu Bar !!
      • Cute Cursor !!
      • Bubbles Cursor
      • Letak Lagu di Blog New Style
      • MOVING WORD CURSOR!!
      • EDIT TEMPLATE SIMPLE
      • TUTORIAL BUAT/AMBIL URL PAGE
      • STORY OF RUBIKS!!
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
Powered by Blogger.