-->
yuhhhhuu!beLOg!

a2p5!

haiii kawan2!!..
eh,,lpe nk bg salam...
assalamualaikummmm semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..!

sbnarnye,,ak nga bosan nie,,,
plus letih laaa...sbb bru pas wat assignment..yuhhu!!akhirnye siap gak...
dlm ak nga bosan2 nie...
ape lagi la yang ak leyh wat..godek2 laa lptop ak nie...
then,,jmpe laa gmbar2 matrik.. 
seus aku rndu sgt ngan dyowang,,
bnyk gler kngan ak ngan dyowang,,,
sumenye ngan dyowang...
pahit atau manisss...
sumenye ngan dak a2p5... 

missssssss them a loooottttttt!!!
ape lagi yg ak nk wat..knfem2 laa,,upload  dyowng...
tgok ae..heeee



















inilah kuargaku di matriks..
miss them a lot!!

terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =) 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel

Kanak-Kanak Ini Tersempit Dua Jam Di Celah Bangunan!





BANDAR RAYA JINHUA : Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tersangkut di celah dinding dua bangunan setelah terjatuh dari balkoni kediamannya di tingkat tiga diselamatkan baru-baru ini.
Agensi berita Reuters melaporkan semasa kejadian, kanak-kanak itu sedang bermain di balkoni rumahnya di perkampungan Wujiangkou di sini, dalam wilayah Zhejiang di timur China pada Sabtu lepas.
Dia kemudian secara tidak sengaja terjatuh dari balkoni rumahnya dan tersepit di celah dinding dua buah bangunan dengan ruang cuma 25 sentimeter.
Kanak-kanak itu tersangkut di celah dinding tingkat dua bangunan-bangunan itu selama dua jam sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.
Anggota-anggota bomba bertindak mengikat kanak-kanak itu dengan seutas tali bagi mengelakkan dia daripada terjatuh.
Mereka kemudian mengenal pasti lokasi kedudukan kanak-kanak itu sebelum memecahkan dinding setebal 60 sentimeter itu dari dalam sebuah bangunan tersebut.
Pasukan bomba membuat sebuah lubang besar pada dinding dan menarik kanak-kanak itu ke dalam bangunan berkenan.
Dia yang kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, didapati cuma mengalami kecederaan kecil pada dahi. 
sumber : – Reuters

terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =) No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel

BAYI MUNCUL DARI PERUT BUMI

Mengarut jer tajuk dekat atas tu..huhu..yang betulnya siapalah yang tergamak membuang bayi dalam lubang tanah tu..kejam betul..ntah mane la letak akal??? 







Nie jugak termasuk dalam tanda2 kiamat..manusia telah dikurniakan akal tidak kira bangsa, agama, keturunan.,,yang mana digelar manusia tu pasti memiliki akal. Terpulang pada individu nak gunakan ke arah kebaikan atau keburukan.  :)


sumber : http://cahayaair.blogspot.com
terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =) No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel

KHUTBAH RASULLULAH SAW KETIKA MENJELANG RAMADHAN


ASSALAMUALAIKUM !!  :)
Nak kongsi salah satu khutbah RASULLULAH S.A.W ketika menjelang Ramadhan.



"Wahai manusia! 

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. 

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini. 

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar. 

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya. 

Wahai manusia! 

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud. 

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya. 

Wahai manusia! 

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. 

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air. 

Wahai manusia! 

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. 

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain. 

Wahai manusia! 

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian. 

Wahai manusia! 

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’. 

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain. 

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya. 

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang. 

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka. 

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka. 

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah] 

“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” amin ya rabbal alamin... 

sumber : http://cahayaair.blogspot.com


                                                            ALLAHUAKHBAR !! 


terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =) No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel

ANAK LANDAK DISUSUI KUCING =='

Asslamualaikum kawan-kawan !!

Nie lagi satu cerita yg agak pelik,, jom baca nie..

Ambil pengajaran daripada gambar nie..sedangkan haiwan yang berlainan jenis pun saling menyayangi..inikan pula kita..memang nampak pelik tapi itulah kenyataan..anak landak menyusu dengan kucing.. 










Sedangkan haiwan pon boleh berbaik dengan haiwan lain..nie kan pula manusia..
Moral of the story,,kita sebagai manusia janganlah bermusuh-musuhan.

sumber : http://www.guablog.com

                                                               PEACE YOO !!



terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =) No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel

KAGUM, POLIS AMERIKA ANTI-PENGGANAS YANG BAIK HATI


Seorang anggota polis New York menjadi terkenal selepas gambarnya memberikan sepasang kasut but kepada seorang gelandangan tersebar di internet. Pemuda berusia 25 tahun dan bertugas di bahagian anti-pengganas ini telah “menghangatkan” seluruh warga Amerika dengan sifat mulianya ini.

Seperti yang diceritakan oleh seorang pemerhati, Jennifer Foster pada waktu gambar itu diambil suhu udara begitu dingin sekitar 3 darjah Celcius ketika dia sedang melakukan rondaan di sekitar pusat membeli belah di Time Square New York. Ketika itu anggota polis ini melihat seorang gelandangan tanpa sepasang karut...dan kakinya sudah mula kelihatan kebiruan kerana kesejukan. Tidak lama kemudian seorang anggota polis datang sambil membawa bungkusan plastik.

Anggota polis ini duduk dihadapan pengemis ini dan memberikan sepasang kasut but yang baru sahaja dibelinya. Setelah kasut bersama stokin diberikan kepada pengemis tersebut, anggota polis tersebut sempat berpesan kepada pengemis tersebut supaya berhati-hati dan menjaga diri.




Anggota Polis New York Lawrence DePrimo dan Jennifer Foster, wanita yang bertanggungjawab merakamkan saat dia membantu pengemis yang kesejukan di dalam rancangan temubual Today.


Rakaman CCTV kedai kasut menunjukkan saat anggota polis itu membeli kasut dan stokin untuk pengemis tersebut.


Seorang pekerja di kedai kasut tersebut menunjukkan jenis kasut yang dibeli oleh anggota polis kepada pengemis yang kesejukan.

Jennifer Foster yang tersentuh dengan peristiwa tersebut segera merakamkan saat yang dianggapnya sangat mengharukan itu tanpa disedari oleh anggota polis dan pengemis tersebut lalu memuat naik ke dalam Facebooknya.

New York Times kemudiannya mengenalpasti bahawa identiti anggota polis tersebut adalah Lawrence DePrimo berusia 25 tahun dan bertugas di bahagian polis anti-keganasan. Kebesaran hatinya apabila menyumbangkan kasut tersebut kepada pengemis itu telah dijadikan simbol kemanusiaan…

Lawrence ketika ditemubual oleh New York Daily News menceritakan…"Saya yang sedang memakai kasut pun turut merasakan kesejukan, apatah lagi jika orang itu tidak memakai kasut."

Lalu saya menghampiri pengemis tersebut dan menanyakan dimana kasutnya ... lalu pengemis itupun menjawab “Semua baik-baik saja…saya belum pernah mempunyai kasut....semoga Tuhan memberkati anda kerana bertanyakan hal ini..."

Lawrence segera bergegas ke kedai kasut dan membeli stokin bersama kasut but pada harga USD 75 sebelum kemudiannya kembali semula kepada pengemis tersebut dan menyarungkan sendiri stokin dan kasut itu ke kaki pengemis tersebut.

Malah dia turut menjemput pengemis itu utk minum kopi panas tapi menolaknya sambil berkata…"Tuan sudah melakukan sesuatu yang cukup banyak berbuat diri saya…. semogaTuhan memberkati anda…saya suka anda..”

sumber : http://pulakdah.blogspot.com
terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =) No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel

Apa yang Israel Takutkan pada Islam ??

Assalamualaikum...

Aku nak kongsi satu cerita,,



Ketika Rombongan Syeikh Maulana Tariq Jamil Selesai Menunaikan Solat Subuh di Salah Satu Masjid Dekat Perbatasan (Al Hudud), tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam Masjid.
Setelah melihat sebentar, lalu Tentera Israel itu langsung pergi.
Maka Syaikh Maulan Tariq Jamil menghampiri  tentera Israel itu dan bertanya:
“Apa Yang Dia Tadi Lakukan?”
“Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir Solat Subuh di Masjid..” kata tentera Israel itu
Syaikh Maulana Tariq Jamil dengan hairan bertanya ,
“Kenapa ?”
Tentera Israel pun menjawab:
“Di dalam Kitab Kami (Kitab Taurat) ada tertulis:”
“Jika di seluruh dunia jumlah Orang Islam yang hadir untuk Solat Subuh berjama’ah di Masjid adalah sama banyak dengan jumlah Jama’ah Solat Jumaat, maka, saat itu Israel akan hancur”
“Tetapi ketika tadi saya lihat di Masjid jumlah Orang Islam yang datang untuk Solat Subuh berjama’ah masih sedikit, maka, hati saya tenang, kerana Umat Islam pasti tidak akan dapat mengalahkan Kami”
Wallahua’lam bissowab.
sumber: billyinfo.blogspot.com





terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =) No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel

PELIK TAPI BENAR ! =='

Mungkin anda tertanya-tanya, mengapakah sebuah rumah besar ini boleh berada di kawasan tengah lebuhraya. Secara uniknya yang kita lihat, ada rumah yang dibina di atas pokok dan sebagainya. Namun apa yang kita lihat ini, ia berada di lebuhraya. Pada mulanya, admin berpendapat, rumah ini berpuaka sehingga ia tidak boleh diruntuhkan, namun ia berlaku sebaliknya.



Sebuah bangunan lima tingkat yang terasing ini tetap teguh berdiri di tengah-tengah lebuh raya yang baru di buka. Lebuh raya tersebut terletak di Wenling, Wilayah Zheijang, China.
Sebuah keluarga dari kampung Xiazhangyang berkeras untuk tetap tinggal di bangunan tersebut kerana mereka tidak berpuas hati dengan kadar pampasan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.







Seperti yang dilaporkan oleh China Daily yang dikutip oleh AsiaOne, Jumaat (23/11/2012), bangunan yang berada tepat di atas lebuh raya tidak diruntuhkan kerana keluarga berkenaan tidak mahu menerima pampasan dari pihak kerajaan.
Sedangkan, jiran-jiran mereka yang lainnya yang tinggal bersama di dalam bangunan tersebut telah pun berpindah keluar ke tempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu di Stesen Wenling.
Sumber : Sochai



terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =) No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel

Pray 4 GAZA !! :'(


Sadis: Keadaan Bandar Gaza Semasa Peperangan Berlaku


Apa yang berlaku di Genting Gaza memang menyedihkan dan semoga Israel boleh hentikan serangan ke atas semua umat Islam dan orang awam dengan serta merta.













P/S : YA ALLAH… SELAMATKANLAH UMAT ISLAM YA ALLAH.. DAN ENGKAU LAKNATKANLAH KAUM YAHUDI INI…ALLAHUAKHBAR !!!!

                                                              LET'S PRAY FOR GAZA !!  :'(

terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =) No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel

PIALA AFF SUZUKI SEMI FINAL !!

Helow guys !!

Masih ingat lagi perlawanan Thailand vs Malaysia Semi Final AFF ??
Nasib tidak menyebelahi kita, Harimau telah dikalahkan oleh gajah DGN Aggregate 3-1,,
tapi LOGIK jugak la an gajah tu besar.
Pape pon,, M'sia telah menunjukkan kehebatan di tempat sendiri dengan seri 1-1 .

Malaysia melangkah ke tmpt Thailand hanya dengan seri 0-0 pon dah boleh lepas ke peringkat akhir.
Tapi sayang,,Malaysia dilihat hanya menggunakan taktik bertahan. 
Hampir boleh dikatakan Thailand menguasai keseluruhan padang..

Ada juga khabar angin mengatakan bahwa pengadil dari Korea tu berat sebelah,,
dari pemerhatian pon boleh dilihat apabila Fadli Shas dilayangkan kad merah pada minit ke 44
tanpa mengetahui apa punca sebenar. 

Ini membuatkan Malaysia terpaksa mengharungi second half iaitu 45 minit dengan 10 orang pemain.
Ianya lebih menyukarkan kerana skuad kita bermain di tempat lawan.

Harimau Malaya dilihat lebih banyak bertahan tetapi pada minit ke 60 Teerasil Dangda melepasi pertahanan M'sia dan merembat masuk ke gawang gol M'sia membuatkan Harimau makin tertekan. Selang 5 minit, Teerathon Bunmathan pula membolosi gawang gol M'sia.

Sudah pasti seluruh rakyat Malaysia kecewa dengan perlawanan semalam tapi janganlah kita 
menyalahkan Harimau Malaya kerana mereka telah berusaha..

Terus menyokong skuad Harimau Malaya !! GO GO HARIMAU !! AUUMMM !!


terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =) No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ceritaaku

SENAMAN !!! :D

Assalamualaikum,,
Aku nak share ngn kowg satu article tentang senaman.

SENAMAN PENTING UNTUK MINDA DAN BADAN !!

Tidak cukup dengan aktiviti harian, hujung minggu atau ada waktu terluang, anda pasti ringankan badan untuk melakukan senaman. Tetapi kini, sejak anda dihambat oleh kesibukan kerja di pejabat, kuliah, mahupun masalah peribadi, entah kenapa anda seperti malas dan kurang berminat untuk meneruskan riadah tersebut. Jangan risau, anda tetap boleh mengekalkan amalan senaman walaupun sudah lama tidak melakukannya. Ikuti tip-tip berikut untuk meningkatkan kembali semangat serta usaha anda dan seterusnya bagi mendapatkan bentuk badan yang menawan juga untuk kesihatan tubuh badan.
SENAMAN DAN KECERGASAN 

JANGAN HENTIKAN AMALAN
Cara yang mudah untuk mengekalkan amalan senaman adalah dengan tidak menghentikan aktiviti tersebut. Elak dari berehat terlalu lama kerana ianya akan mengambil usaha yang panjang untuk membina kembali amalan bersenam yang tidak selalu diamalkan. Sebaliknya jika anda terus melakukannya secara berterusan ia akan menjadi satu kebiasaan bagi diri untuk sentiasa melakukannya.

SERLAHKAN GANJARAN
Woody Allen pernah berkata, "Separuh daripada kehidupan perlu dotonjolkan." Hujahnya, 90 peratus usaha diperlukan untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Jangan diselubingi dengan perasaan risau, resah, gelisah kerana isu berat badan anda, fikirkan tentang latihan yang anda lakukan setiap hari untuk kesihatan. Berikan ganjaran kepada diri sendiri jika berjaya mengurangkan berat badan walaupun tidak sebanyak mana tetapi mampu membantu anda untuk terus berusaha.

TETAPKAN HARI
Tetapkan komitmen pada setiap hari walaupun hanya 20 minit sehari pada masa satu bulan masa itu akan ada peningkatan. Ini secara tidak langsung akan menjadi kelaziman dalam melakukan senaman. Apabila sudah menetapkan komitmen, sebenarnya anda telah berjaya mengurangkan tekanan dalam diri juga dapat mengekalkannya walau di mana anda berada.

LAKUKAN DENGAN GEMBIRA Jika anda bukan seorang yang gemar melakukan senaman di gim, jangan risau kerana masih terdapat pelbagai cara lain lagi untuk menggerakkan tubuh dan mengekalkan senaman. Oleh itu jangan cepat berputus asa biarpun anda hanya melakukan senaman pemberat atau tekan tubi sahaja. Sebaiknya lakukan senaman dengan hati yang gembira dan ceria, barulah bersemangat untuk mengekalkan senaman.

                                                         THAT'S ALL !!!

terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =) No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel

rumah hantuuuuuu!


hai kowang sumeee!
ak ase kowang sume mesti pnah masuk rumah hantu kan???
 ak nak kongsi ngan kowang pnglman ak wat umah hantu ,,
waktu kat matriks nie,,,
tahniah yang teramat sgt kpd A2P5 sbb bjaye wat umah hantu ni..
ni ak sediakan pic tok kowang tgok ae..

jgn ad yang mimpi plak taw,,,,
heeeee,,












ni cikgu Amir..dy laa yg bnyk sgt tlg kiteowng dlm mnjyakan umah hantu nie..
mmg terbaik...!
































































sekiaaaannn!



terima kasih atas reading anda !

Posted by ~syiera nazri~ =) No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ceritaaku
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Labels

  • artikel (10)
  • ceritaaku (10)
  • tutorialls (12)
Lucky Charms Rainbow

Followers

~siti syahirah bt nazri rosham~
Rembau, n9,
'20 sept 1993'

About Me

~syiera nazri~ =)
ghombau!, ngeri sembilan, Malaysia
~>peramah,,p..kalo yg da knal laa..hee~>penyayang 'aka' lots of lovs~>gelabahh!(kdg2)~>love to lead~>1 is better than 2,,ngeee
View my complete profile

Pages

  • Home

~pit chaa!~~

~pit chaa!~~
family kuu

Blog Archive

  • ▼  2012 (32)
    • ▼  December (27)
      • a2p5!
      • Kanak-Kanak Ini Tersempit Dua Jam Di Celah Bangunan!
      • BAYI MUNCUL DARI PERUT BUMI
      • KHUTBAH RASULLULAH SAW KETIKA MENJELANG RAMADHAN
      • ANAK LANDAK DISUSUI KUCING =='
      • KAGUM, POLIS AMERIKA ANTI-PENGGANAS YANG BAIK HATI
      • Apa yang Israel Takutkan pada Islam ??
      • PELIK TAPI BENAR ! =='
      • Pray 4 GAZA !! :'(
      • PIALA AFF SUZUKI SEMI FINAL !!
      • SENAMAN !!! :D
      • rumah hantuuuuuu!
      • kenangan!!
      • what u talk, u get back!
      • my little cousin!
      • hangout!!
      • Buat Border di Luar Blog !!
      • 1 post only!
      • Post Title Background
      • Tulis Ayat Bergerak di Menu Bar !!
      • Cute Cursor !!
      • Bubbles Cursor
      • Letak Lagu di Blog New Style
      • MOVING WORD CURSOR!!
      • EDIT TEMPLATE SIMPLE
      • TUTORIAL BUAT/AMBIL URL PAGE
      • STORY OF RUBIKS!!
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
Powered by Blogger.